Tempat: Masjid Al Azim Pandan Indah.
Konflik masa kini umat manusia terutamanya umat Islam yang telah memalingkan diri daripada seruan-seruan untuk kembali kepada syariat Allah. Kecintaan kepada baginda Rasulullah s.a.w. hanyalah bermusim tidak seperti sewaktu zaman para sahabat mahupun para tabiin suatu ketika dahulu.
Justeru itu, bagi menjadi seorang mukmin yang sejati marilah kita selaku hamba Allah hendaklah sentiasa melaksanakan segala suruhan- suruhan Allah, melakukan segala sunnah-sunnah, berjuang dalam syariat Allah, meneruskan perjuangan nabi, meninggalkan segala yang mungkar, jadilah orang yang bersyukur dan sebagainya.
Jadikan segala musibah yang berlaku sebagai pengajaran sebagai contoh bencana yang berlaku di bumi Acheh suatu ketika dahulu. Antara golongan yang paling dimurkai oleh Allah s.w.t adalah:
1. Melaksanakan sunnah jahilliah bukannya sunnah Rasulullah.
2. Orang yang menghalalkan penumpahan darah orang Islam yang lain tidak dari jalan yang betul.
3. Pemimpin yang berlaku zalim kepada rakyatnya dengan memberi beban.
Hadis Nabi SAW yang bermaksud:,"Kadi terbahagi tiga golongan; satu dalam syurga dan dua dalam neraka. Kadi yang di dalam syurga ialah yang mengetahui kebenaran lalu menghukum dengannya. Kadi yang mengetahui kebenaran lalu menzalimi dalam hukum, dia dalam neraka. Kadi yang menghukum antara manusia dalam keadaan jahil pula, dia juga dalam neraka." (HR Abu Daud, Kitab al-Aqdiyah, Bab fi al-Qadi Yukhti, No. 3573. Dihukum Sahih oleh al-Albani dalam Sahih Abi Daud No. 3573.)
Dari hadis berikut, Rasulullah s.a.w telahpun menyatakan umat Islam masa akan datang selepas zaman beliau akan melalui peristiwa-peristiwa seperti yang dinyatakan dalam pesanan baginda tersebut. Begitulah amaran yang telahpun baginda khabarkan kepada kita. Kadi dalam penyataan baginda adalah merujuk kepada pemimpin, pemerintah serta penguasa bagi rakyat Islam.
Wallahua'lam
Percernaan oleh: AkuYangTua
No comments:
Post a Comment