Thursday, November 14, 2013

RekaFoto 3: Apa itu rezeki.


Hangpa tekan la kalau nak tengok saiz besaq
 Assalamualaikum / Hye all / Koniciwa /Anjungsayung / Yennaddey! (ntah betul ke idak!).

Tima kacih Allah sebab memudahkan segala bentuk urusanku pada hari ini sehinggakan ada masa terluang untukku melakar foto design ke 3 ini. Berkisar tentang rezeki, diambil core sentences nya dari blog Ustaz Zaharuddin (tq ustat). 

Rupanya rezeki ni seperti jua ajal dan jodoh, hanya Allah je tahu dan yang mengurustadbir segalanya, kita hanya perlu berusaha dan tawakal (berserah) apa jua outcome yang kita dapat dari Allah. Namun, diri ini acapkali terlupa bahawa rezeki bukan di tangan manusia lain yang menentukan, tetapi ZAT YANG ESA. Hurmmm, manusia la katakan, mudah melupakan sesuatu. My bad!

Kenapa rezeki kali ini? sebab hal ini adalah perkara umum bagi segenap makhluk Allah dimuka bumi ini tak kiralah haiwan kah, manusia kah, pohon2 kayu kah dan sebagainya. Setiap dari kita ada rezeki masing2. Sebagai contoh:

Pekerja - Gaji ganjarannya
Pendakwah / alim ulama / para syuhada - Pahala ganjarannya
Pelajar - Skor keputusan atau CGPA nya dengan cemerlang
MLMer - profit besaq nak mampoih

Ha itu adalah contoh rezeki yang ada, ia tidak tertakluk hanya kepada duit ringgit ke, rumah ke, harta benda ke tetapi ia lebih dari itu. Boleh jadi rezeki berbentuk usia yang panjang (boleh la buat ibadah lebih sket), kesihatan yang kebaboom baik punya, keberkatan dalam perlakuan ikhlas dan lain-lain bentuk lah kan.

Cuma ingat 1 perkara, rezeki adalah bahasa Arab membawa maksud MEMBERI kerana orang yang memberi, Allah menambahkan rezekinya. Bukan hanya membolot harta benda ke duit ringgit ke skor dekan xpun 4 flat-screen bebeh ke ape dalam hidup kita ni.

So, peringatan mesra untuk mendapat rezeki yang lebih bermakna dan memberi keberkatan hidup dunia wal akhirah.

Nukilan
Biskut_Robot

Friday, November 8, 2013

RekaFoto 2 : Kelebihan Facebook

Ramai antara kita didedahkan dengan pelbagai jenis keburukkan penggunaan facebook antaranya penipuan siber, pedophile, scammer dan lain-lain lagi. Perihal tersebut tidak disangkal oleh mana-mana individu yang telah lama menggunakan social networking "Facebook" ini.

Namun, disebalik keburukkan yang kita sedia tahu, terdapat jugak kebaikkan yang secara lansung atau tidak langsung memberi impak positif kepada kita, khususnya umat Islam. Antara kebaikkan yang boleh kita dapati dalam penggunaan FB ini adalah medium merapatkan silaturrahim sesama saudara atau sahabat, berdakwah, menasihati satu sama lain, berniaga dan sebagainya.

Saya simpulkan kebaikkan-kebaikkan yang terdapat pada FB ini dalam bentuk graph sebagai perkongsian sesama kita. Segala intipati rajah itu saya rujuk dari rakan blogger yang lain. Sekian :)

Kebaikkan FB (klik gambar utk tumbesaran)

Saturday, November 2, 2013

Kampungku Gurun, Kedah Darul Aman



Meskipun kawasan pekan Gurun ini agak kecil dan terpencil tetapi ia mempunyai beberapa tempat yang tidak kurang best-nya untuk mencuci mata. Justeru itu, suka citanya ingin dikongsikan bersama berkenaan “Tempat-tempat menarik sekitar Gurun, kedah”.

Peta Gurun
Gurun merupakan sebuah pekan kecil yang terkadang tak disedari pun oleh orang ramai yang menggunakan laluan jalan biasa dari Sungai Petani ke Alor Setar mahupun sebaliknya. Tempat menarik yang ada disekitar pekan kecil ini adalah seperti berikut:


Sumber foto : Enjin carian google image
Hutan Lipur Gunung Jerai

Gunung Jerai (juga dikenali sebagai Puncak Kedah) merupakan sebuah gunung yang terdapat di negeri Kedah Darul Aman, Malaysia, di antara sempadan daerah Kuala Muda dan Yan. 

Dari puncak akan kelihatan permandangan indah negeri Kedah terutama permandangan sawah padi yang luas terbentang bak saujana mata memandang.
 

Jarak/tempoh masa dari rumah : 18.0 km, 30 mins (Ke puncak gunung)






Sumber foto : Enjin carian google image
Hutan Lipur Sungai Kunyit

Hutan lipur ini mendapat nama dari air sungai yang berwarna kekuningan seperti kunyit. 

Kawasan rekreasi sesuai untuk bermandi manda, berkelah dan berehat. Merupakan salah satu dari air terjun yang tercantik di Negeri Kedah dimana boleh kelihatan dari Lebuhraya Utara Selatan.


Jarak/tempoh masa dari rumah : 7.7 km, 15 mins





Sumber foto : Enjin carian google image
Hutan Lipur Gurun Kuari

Hutan Lipur Gurun Kuari berada dalam Hutan Simpan Gunung Jerai yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah pada paras ketinggian 150 - 200 meter aras paras laut. Hutan Lipur ini terdapat air terjun setinggi 15 meter yang mempunyai tarikan tersendiri sesuai untuk bermandi-manda, berkelah dan berehat. 


Jarak/tempoh masa dari rumah : 17.8 km, 30 mins (melalui jalan Gunung Jerai)




 


Kilang Modenas Gurun


Sumber foto : Enjin carian google image


NAZA Automotive Manufacturing

Sumber foto : Enjin carian google image

Itu adalah antara tempat menarik yang terdapat di sini, di tempat anda pula bagaimana?



P/s:

  1. Info berkaitan tempat menarik ini diambil dari: https://www.facebook.com/pages/Bandaraya-Alor-Setar/306883494643 
  2. Jika nak detail pengembaraan ke Gunung Jerai sila lawati blog: http://mymekar.com/my-journey/gambar-menarik-di-gunung-jerai/
  3. Perkongsian ketika bosan sebab tak dapat keluar rumah akibat hujan lebat -.-"