Wednesday, December 25, 2013

Kuliah Maghrib oleh Al-Fadhil Dato Ustaz Ismail Kamus

Tajuk Kuliah : Manusia zaman sekarang
Oleh: Al-Fadhil Dato’ Ustaz Ismail Kamus



 

Rumusan keseluruhan kuliah beliau dibahagikan kepada 3 bahagian. Bahagian 1 berkenaan point-point utama untuk kita ketahui manakala bahagian ke 2 adalah sedikit bingkisan atau penerangan tambahan berkaitan beberapa topic bahagian 1. Bahagian ke 3 adalah bonus sebagai pengetahuan am atau tambahan para jemaah yang datang.

BAHAGIAN 1 – MAIN POINT

Terdapat beberapa punca musibah berlaku pada masa sekarang antaranya disebabkan oleh:

  1. Orang- orang yang berilmu namun tidak mahu mengamalkan apa yang diketahui
  2. Pembuatan dosa yang tidak terbatas.
  3. Nikmat dari Allah Taala yang tidak disyukuri
  4. Kita berbuat dosa namun tidak sesekali beristighfar.
  5. Bersahabat dengan orang berilmu namun tidak mengambil pengajaran dari mereka.
  6. Bercakap pandai namun tiada ilmu.
  7. Tiada ilmu namun tidak mahu mempelajarinya
  8. Tidak mengambil ikhtibar dari musibah orang lain. (Contohnya kematian, tidak pernah berasa takut akan berlaku kepada kita, masih hidup bermegah dibumi Allah)
  9. Tidak mengingati mahupun menyayangi Rasululullah sedang baginda sangat mencintai umatnya.
  10. Tidak khusyuk di dalam solat.  

  
BAHAGIAN 2 – PENERANGAN BERKENAAN MAIN POINT TERPILIH

Merujuk kepada point: 2

 Segerakanlah bertaubat jika berdosa. Jika melambatkan taubat bakal menyusul pulak dosa jika melambat-lambatkan taubat. Menyesal itu adalah mesti, menyesal itu adalah taubat. Namun jangan tertipu dengan taubat iaitu jangan sesekali berbuat dosa kemudian bertaubat. Kalau TER-buat barulah betul akan taubatnya. Umat Islam sekarang sudah tiada rasa takut dalam melakukan kesalahan sebagai contoh melewatkan solat atau meninggalkan solat tanpa sebab yang sewajarnya sedangkan orang yang beriman tidak akan sekali kali berbuat demikian kerana takut akan Allah yang sentiasa memerhati.

Merujuk kepada point: 7
Makruh merupakan perihal yang dibenci. Dilarang namun tidak berat. Contohnya elakkan memakan bawang putih, petai, dan selainnya yang busuk jika mahu berjemaah di masjid kerana akan menggangu jemaah. Berkaitan kes merokok, ianya haram namun masih terdapat golongan kita yang membawa masuk ke masjid tanpa ada rasa bersalah.

Merujuk kepada point: 8
Lazimkan kerisauan kepada kematian. Kurangkan kesenangan dalam kehidupan. Sunat bagi kita menziarahi orang yang mati namun wajib keatas kita mengisi di dada dengan ilmu secukupnya sebelum mati.

Merujuk kepada point: 9
Kita acapkali berkata sayang kepada baginda Rasulullah s.a.w.  namun perbuatan kita tidak menunjukkan kita cintakan baginda Rasulullah s.a.w. Sekurang-kurangnya berselawatlah kepada baginda dengan erti kata kita ingat kepadanya. Amalkan sehari selawat 100 kali. Jika boleh contohi Imam Al Ghazali yang setiap harinya dibasahi lidah dengan berzikir kepada Allah dan berselawat ke atas Nabi sebanyak 1000 kali sehari.

BAHAGIAN 3 - BONUS

Betapa sayangnya Allah pada kita setiap kali lafaz pada awalan perbuatan kita: Bismillahirrahmanirrahim - membawa erti Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Sehinggakan pahala dalam perbuatan baik kita 1 perbuatan dibalas dalam bentuk gandaan namun 1 kesalahan kita Allah kenakan dengan nilai 1 dosa sahaja. Maha Suci Allah Tuhan sekalian alam. Ambil lah masa untuk beristghfar, mudah- mudahan Allah menggugurkan dosa kita.

Sekiranya kita boleh sembahyang berjemaah, Allah akan melimpahkan rezeki kepada kita. Dihindarkan jua dari seksaan kubur

Coretan perkongsian ilmu oleh: AkuYangTua
Lokasi kutipan ilmu: Baitullah (Masjid Al-Azim)
Masa: Jam 7.50 – 9.30p.m

Saturday, December 14, 2013

Kuliah maghrib: D.E.N.G.K.I. - 14.12.13

D.E.N.G.K.I. Sifat tercela yang melibatkan dosa besar dan berkait dengan orang lain. So, siapa pernah atau sedang berdepan hal sedemikian? Ubat bagi dengki ini adalah dengan cara Mencampurkan 2 ramuan utama iaitu ILMU dan AMAL dan dijadikan makjun.

Jenis ilmu adalah pengetahuan bahawa sifat dengki ini memudaratkan diri bukan orang yang didengki, amalan pendengki pergi kepada orang yang didengki, segala baik buruk yang ditulis oleh Allah terima lah seadanya (contoh  baik- sihat, contoh buruk - sakit, kaya yg melalaikan, miskin) setiap daripadanya ada hikmah dan lain- lain lagi

Jenis amalan adalah berbuat baik, positif selalu, tiada prasangka buruk, solat, sedekah, iktikaf dan lain-lain amalan yang baik dalam syarak dengan penuh keikhlasan.

"...sesungguhnya Allah Taala bersama-sama dengan orang yang sabar", surah Al- Baqarah ayat 153.

Contoh dengki:
1. Jeles kawan sekerja naik pangkat dan kaya ke
2. Pasangan kawan dikurniakan cahaya mata atau bahagia
3. Cemburukan kejayaan orang lain yang belajar bagus, dan selainnya.

P/s: rupanya sikap dengki ini wujud disebabkan oleh sikap tiadanya sabar. Iskh3 aku pun tergolong manusia yang pernah berdengki dan tiada sabar 😢

Cerapan oleh: AkuYangTuaLagiJahil
Disampaikan oleh: Ustaz Nazri Mustafa

Friday, December 13, 2013

Kelebihan Hari Jumaat.

Rasulullah s.a.w bersabda: “Hari paling baik di mana matahari terbit pada hari itu adalah hari Jumaat, pada hari itu Adam Alaihissallam diciptakan, dan pada hari itu pula Adam dimasukkan ke dalam syurga, serta diturunkan dari syurga, pada hari itu juga kiamat akan terjadi pada hari tersebut terdapat suatu waktu di mana tidaklah seorang mukmin solat menghadap Allah mengharapkan kebaikan kecuali Allah akan mengabulkan permintaannya.”  (HR. Muslim)

Acapkali kita memuja dan memuji "Sayyidul Ayyam" (Penghulu hari) ini dengan begitu bersemangat namun adakah kita telahpun melaksanakan apa yang sepatutnya kita lakukan bagi mengimarahkan hari Jumaat kita? Hanya diri kita masing-masing yang tahu. Adakah kita tahu bahawa hari Jumaat ini banyak kelebihannya, antaranya:
1.Hari Paling Mulia
2.Hari Bagi Kaum Muslimin
3.Penghulu Segala Hari
4.Hari Kebesaran Mingguan
5.Hari Perhimpunan Bagi Solat Jumaat
6.Hari Ramai Malaikat Turun ke Bumi
7.Hari Mustajab Berdoa
8.Hari Dihapuskan Dosa
9.Hari Lebih Utama Bersedekah
10.Hari Meraih Pahala
11.Hari Hidayah Daripada Allah SWT
12.Meninggal Pada Hari Jumaat Sebagai Tanda ‘Husnul Khatimah’
13.Hari Terselamat Dari Seksa Kubur
14.Hari Berlakunya Qiamat
15.Hari Dapat Melihat Allah SWT Di Syurga

Justeru itu, marilah kita (saya dan anda) melaksanakan apa yang sewajarnya kita perbuatkan bagi menyemarakkan penghulu segala hari. Tinggalkan yang shubhah, maksiat, perbuatan tidak baik, sikap yang tidak baik dan lain lagi. Ya, segelintir di antara kita akan persoalkan adakah hanya hari Jumaat sahaja yang perlu kita berbuat baik? Semestinya TIDAK, sebagai mukmin segala hari yang ada perlu diperbuat baik, cuma hari jumaat Allah sediakan kepada kita satu hari yang istimewa untuk memberi berlipat kali ganda ganjarannya kepada kita.

Dari Kuzhaifah dan Rabii bin Harrasy Radhiyallahu Anhuma bahawa Rasulullah s.a.w, “Allah menyesatkan orang-orang sebelum kami pada hari Jumaat, Yahudi pada hari Sabtu, dan Nasrani pada hari Ahad, kemudian Allah mendatangkan kami dan ember petunjuk pada hari Jumaat, mereka umat sebelum kami akan menjadi pengikut pada hari kiamat, kami adalah yang terakhir dari penghuni dunia ini dan yang pertama pada hari kiamat yang akan dihakimi sebelum umat yang lain.” (HR. Muslim dan Ibnu Majah)

Penulisan hasil bacaan di pagi hari. Terpanggil untuk mendorong diriku yang jahil ini serta rakan-rakan bijaksana diluar sana untuk mengambil sedikit sebanyak ikhtibar. Jika terpetah dan tertajam penaipan penulisan ini, pohon kemaafan.

Pesanan pada diri, keluarga dan rakan2:
- Marilah kita bermula selangkah demi selangkah menuju ke arah kebaikkan.
- Tinggalkan perkara shubhah dan lagha
- Jaga aurat anda (aku pun terkadang berseluar pendek -.-")
- Jaga hati
- Jaga ibadah kita
- Biarlah berubah kecil-kecilan yang memberi impak yang besar kemudian hari, janganlah berubah mengejut dan besar-besaran yang akhirnya membutakan mata dan hati dan kembali jahil.

P/s:
Cerapan ilmu dari - http://shafiqolbu.wordpress.com/2012/11/29/15-keutamaan-dan-keistimewaan-hari-jumaat/ dan JAKIM.