Oleh: Al-Fadhil Dato’ Ustaz Ismail Kamus
Rumusan keseluruhan kuliah beliau dibahagikan kepada 3 bahagian. Bahagian 1 berkenaan point-point utama untuk kita ketahui manakala bahagian ke 2 adalah sedikit bingkisan atau penerangan tambahan berkaitan beberapa topic bahagian 1. Bahagian ke 3 adalah bonus sebagai pengetahuan am atau tambahan para jemaah yang datang.
BAHAGIAN 1 – MAIN POINT
Terdapat beberapa punca musibah berlaku pada masa sekarang antaranya disebabkan oleh:
- Orang- orang yang berilmu namun tidak mahu mengamalkan apa yang diketahui
- Pembuatan dosa yang tidak terbatas.
- Nikmat dari Allah Taala yang tidak disyukuri
- Kita berbuat dosa namun tidak sesekali beristighfar.
- Bersahabat dengan orang berilmu namun tidak mengambil pengajaran dari mereka.
- Bercakap pandai namun tiada ilmu.
- Tiada ilmu namun tidak mahu mempelajarinya
- Tidak mengambil ikhtibar dari musibah orang lain. (Contohnya kematian, tidak pernah berasa takut akan berlaku kepada kita, masih hidup bermegah dibumi Allah)
- Tidak mengingati mahupun menyayangi Rasululullah sedang baginda sangat mencintai umatnya.
- Tidak khusyuk di dalam solat.
BAHAGIAN 2 – PENERANGAN BERKENAAN MAIN POINT TERPILIH
Merujuk kepada point: 2
Segerakanlah bertaubat jika berdosa. Jika melambatkan taubat bakal menyusul pulak dosa jika melambat-lambatkan taubat. Menyesal itu adalah mesti, menyesal itu adalah taubat. Namun jangan tertipu dengan taubat iaitu jangan sesekali berbuat dosa kemudian bertaubat. Kalau TER-buat barulah betul akan taubatnya. Umat Islam sekarang sudah tiada rasa takut dalam melakukan kesalahan sebagai contoh melewatkan solat atau meninggalkan solat tanpa sebab yang sewajarnya sedangkan orang yang beriman tidak akan sekali kali berbuat demikian kerana takut akan Allah yang sentiasa memerhati.
Merujuk kepada point: 7
Makruh merupakan perihal yang dibenci. Dilarang namun tidak berat. Contohnya elakkan memakan bawang putih, petai, dan selainnya yang busuk jika mahu berjemaah di masjid kerana akan menggangu jemaah. Berkaitan kes merokok, ianya haram namun masih terdapat golongan kita yang membawa masuk ke masjid tanpa ada rasa bersalah.
Merujuk kepada point: 8
Lazimkan kerisauan kepada kematian. Kurangkan kesenangan dalam kehidupan. Sunat bagi kita menziarahi orang yang mati namun wajib keatas kita mengisi di dada dengan ilmu secukupnya sebelum mati.
Merujuk kepada point: 9
Kita acapkali berkata sayang kepada baginda Rasulullah s.a.w. namun perbuatan kita tidak menunjukkan kita cintakan baginda Rasulullah s.a.w. Sekurang-kurangnya berselawatlah kepada baginda dengan erti kata kita ingat kepadanya. Amalkan sehari selawat 100 kali. Jika boleh contohi Imam Al Ghazali yang setiap harinya dibasahi lidah dengan berzikir kepada Allah dan berselawat ke atas Nabi sebanyak 1000 kali sehari.
BAHAGIAN 3 - BONUS
Betapa sayangnya Allah pada kita setiap kali lafaz pada awalan perbuatan kita: Bismillahirrahmanirrahim - membawa erti Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Sehinggakan pahala dalam perbuatan baik kita 1 perbuatan dibalas dalam bentuk gandaan namun 1 kesalahan kita Allah kenakan dengan nilai 1 dosa sahaja. Maha Suci Allah Tuhan sekalian alam. Ambil lah masa untuk beristghfar, mudah- mudahan Allah menggugurkan dosa kita.
Sekiranya kita boleh sembahyang berjemaah, Allah akan melimpahkan rezeki kepada kita. Dihindarkan jua dari seksaan kubur
Coretan perkongsian ilmu oleh: AkuYangTua
Lokasi kutipan ilmu: Baitullah (Masjid Al-Azim)
Masa: Jam 7.50 – 9.30p.m
No comments:
Post a Comment