Rasulullah s.a.w bersabda: “Hari paling baik di mana matahari terbit pada hari itu adalah hari Jumaat, pada hari itu Adam Alaihissallam diciptakan, dan pada hari itu pula Adam dimasukkan ke dalam syurga, serta diturunkan dari syurga, pada hari itu juga kiamat akan terjadi pada hari tersebut terdapat suatu waktu di mana tidaklah seorang mukmin solat menghadap Allah mengharapkan kebaikan kecuali Allah akan mengabulkan permintaannya.” (HR. Muslim)
Acapkali kita memuja dan memuji "Sayyidul Ayyam" (Penghulu hari) ini dengan begitu bersemangat namun adakah kita telahpun melaksanakan apa yang sepatutnya kita lakukan bagi mengimarahkan hari Jumaat kita? Hanya diri kita masing-masing yang tahu. Adakah kita tahu bahawa hari Jumaat ini banyak kelebihannya, antaranya:
1.Hari Paling Mulia
2.Hari Bagi Kaum Muslimin
3.Penghulu Segala Hari
4.Hari Kebesaran Mingguan
5.Hari Perhimpunan Bagi Solat Jumaat
6.Hari Ramai Malaikat Turun ke Bumi
7.Hari Mustajab Berdoa
8.Hari Dihapuskan Dosa
9.Hari Lebih Utama Bersedekah
10.Hari Meraih Pahala
11.Hari Hidayah Daripada Allah SWT
12.Meninggal Pada Hari Jumaat Sebagai Tanda ‘Husnul Khatimah’
13.Hari Terselamat Dari Seksa Kubur
14.Hari Berlakunya Qiamat
15.Hari Dapat Melihat Allah SWT Di Syurga
Justeru itu, marilah kita (saya dan anda) melaksanakan apa yang sewajarnya kita perbuatkan bagi menyemarakkan penghulu segala hari. Tinggalkan yang shubhah, maksiat, perbuatan tidak baik, sikap yang tidak baik dan lain lagi. Ya, segelintir di antara kita akan persoalkan adakah hanya hari Jumaat sahaja yang perlu kita berbuat baik? Semestinya TIDAK, sebagai mukmin segala hari yang ada perlu diperbuat baik, cuma hari jumaat Allah sediakan kepada kita satu hari yang istimewa untuk memberi berlipat kali ganda ganjarannya kepada kita.
Dari Kuzhaifah dan Rabii bin Harrasy Radhiyallahu Anhuma bahawa Rasulullah s.a.w, “Allah menyesatkan orang-orang sebelum kami pada hari Jumaat, Yahudi pada hari Sabtu, dan Nasrani pada hari Ahad, kemudian Allah mendatangkan kami dan ember petunjuk pada hari Jumaat, mereka umat sebelum kami akan menjadi pengikut pada hari kiamat, kami adalah yang terakhir dari penghuni dunia ini dan yang pertama pada hari kiamat yang akan dihakimi sebelum umat yang lain.” (HR. Muslim dan Ibnu Majah)
Penulisan hasil bacaan di pagi hari. Terpanggil untuk mendorong diriku yang jahil ini serta rakan-rakan bijaksana diluar sana untuk mengambil sedikit sebanyak ikhtibar. Jika terpetah dan tertajam penaipan penulisan ini, pohon kemaafan.
Pesanan pada diri, keluarga dan rakan2:
- Marilah kita bermula selangkah demi selangkah menuju ke arah kebaikkan.
- Tinggalkan perkara shubhah dan lagha
- Jaga aurat anda (aku pun terkadang berseluar pendek -.-")
- Jaga hati
- Jaga ibadah kita
- Biarlah berubah kecil-kecilan yang memberi impak yang besar kemudian hari, janganlah berubah mengejut dan besar-besaran yang akhirnya membutakan mata dan hati dan kembali jahil.
P/s:
Cerapan ilmu dari - http://shafiqolbu.wordpress.com/2012/11/29/15-keutamaan-dan-keistimewaan-hari-jumaat/ dan JAKIM.
No comments:
Post a Comment