Showing posts with label Masjid Al-Azim. Show all posts
Showing posts with label Masjid Al-Azim. Show all posts

Saturday, January 18, 2014

Ceramah Maulidur Rasul 1 (17/01/2014)

Ceramah Maulidur Rasul 1: Cinta Rasulullah s.a.w.
Oleh : Al-Fadhil Ustaz Subri Arshad
Lokasi: Masjid Al-Azim, Pandan Indah, Selangor

Surah yang dikupaskan
Assalamualaikum w.b.t.
Pengalaman pada malam pengajian ceramah Maulidur Rasul 1 oleh Ustaz Subri memberi kesan yang besar terhadap jemaah yang pergi terutama sekali diri ini. berbekalkan 2 potong ayat dari Surah Al-Ahzab (Ayat 56-57), diri ini beserta jemaah lain dilanda sebak yang teramat sangat kerana Allah di dalam ayat-Nya sendiri menegaskan bahawa Dia serta sekalian malaikat-malaikat-Nya berselawat dan memberi salam ke atas jungjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. sehinggakan Allah patrikan cinta-Nya kepada Nabi di dalam ayat tersebut. 

Ditambah dengan penceritaan sahabat Rasulullah s.a.w. iaitu Bilal Bin Rabah r.a. yang mana setelah kewafatan Rasulullah s.a.w. Bilal membawa diri jauh sehinggakan sekalian penduduk Madinah tidak lagi mendengar laungan azan dari beliau. Namun, Rasulullah s.a.w. datang ke dalam mimpi Bilal menyatakan baginda rindu akan Bilal dan tidakkah Bilal turut merindui baginda. Beberapa ketika Bilal bergegas ke Madinah untuk melawat pusara Nabi Allah Muhammad s.a.w. yang mana beliau meratap dengan linangan air mata penuh syahdu menunjukkan rasa cintanya kepada Rasulullah.

Ketika itu jualah 2 orang sahabat Rasulullah datang memujuk Bilal untuk melaungkan azan (kerana sudah masuk waktu) Bilal menolak permintaan mereka. Walaubagaimanapun, apabila cucu kesayangan Rasulullah s.a.w. menyatakan hasrat mereka untuk mendengan Bilal melaungkan azan, Bilal tidak dapat menolaknya atas sebab permintaan tersebut datang sendiri daripada cucu Rasulullah. Bilal mula melaungkan azan:

"Allahuakhbar, Allahuakhbar X 2,
Ashaduallah ilahaillallah X 2,
Ashaduanna muhammadar rasullullah X 2"

Setibanya lafaz azan tersebut, Bilal rebah ke bumi kerana merasa tidak bermaya apabila mengenangkan kekasihnya baginda Rasulullah s.a.w. sehinggakan azan tersebut tidak dapat diteruskan lagi.


===============


Menurut riwayat lain di mana sewaktu Bilal r.a. ingin menghembuskan lafaznya yang terakhir, anak perempuan beliau menangis dan berkata perasaan sedihnya kerana bakal kehilangan ayahanda kesayangannya. Jawab Bilal,'Wahai anakku, aku sedang berasa gembira kerana seketika nanti aku akan bertemu cinta hatiku Rasulullah s.a.w.

Ihsan; Masjid Al-Azim FB page
Dari cebisan cerita ini, diri ini dan jemaah lain berasa sangat sebak kerana cintanya para sahabat Rasulullah, Allah serta para malaikat kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Apabila Ustaz Subri bertanyakan kepada para jemaah yang hadir, "Di antara kalian semua yang hadir, siapakah yang berselawat dan salam ke atas Rasulullah? Berapa kalikah kita melakukannya dalam masa sehari? seminggu? setahun?". Tersentap jiwa diri ini mendengar pertanyaan tersebut. Kerdilnya aku di bumi Allah ini. Pesan Ustaz Subri "Rasulullah pernah bersabda, barang sesiapa yang berselawat dan salam ke atasku, mereka ini akan aku berikan syafaatku di akhirat kelak". 





Alhamdulillah, satu lagi pelajaran baru untuk aku amalkan selepas ini.

Wallahua'lam
Pencerapan oleh: AkuYangTua

Wednesday, December 25, 2013

Kuliah Maghrib oleh Al-Fadhil Dato Ustaz Ismail Kamus

Tajuk Kuliah : Manusia zaman sekarang
Oleh: Al-Fadhil Dato’ Ustaz Ismail Kamus



 

Rumusan keseluruhan kuliah beliau dibahagikan kepada 3 bahagian. Bahagian 1 berkenaan point-point utama untuk kita ketahui manakala bahagian ke 2 adalah sedikit bingkisan atau penerangan tambahan berkaitan beberapa topic bahagian 1. Bahagian ke 3 adalah bonus sebagai pengetahuan am atau tambahan para jemaah yang datang.

BAHAGIAN 1 – MAIN POINT

Terdapat beberapa punca musibah berlaku pada masa sekarang antaranya disebabkan oleh:

  1. Orang- orang yang berilmu namun tidak mahu mengamalkan apa yang diketahui
  2. Pembuatan dosa yang tidak terbatas.
  3. Nikmat dari Allah Taala yang tidak disyukuri
  4. Kita berbuat dosa namun tidak sesekali beristighfar.
  5. Bersahabat dengan orang berilmu namun tidak mengambil pengajaran dari mereka.
  6. Bercakap pandai namun tiada ilmu.
  7. Tiada ilmu namun tidak mahu mempelajarinya
  8. Tidak mengambil ikhtibar dari musibah orang lain. (Contohnya kematian, tidak pernah berasa takut akan berlaku kepada kita, masih hidup bermegah dibumi Allah)
  9. Tidak mengingati mahupun menyayangi Rasululullah sedang baginda sangat mencintai umatnya.
  10. Tidak khusyuk di dalam solat.  

  
BAHAGIAN 2 – PENERANGAN BERKENAAN MAIN POINT TERPILIH

Merujuk kepada point: 2

 Segerakanlah bertaubat jika berdosa. Jika melambatkan taubat bakal menyusul pulak dosa jika melambat-lambatkan taubat. Menyesal itu adalah mesti, menyesal itu adalah taubat. Namun jangan tertipu dengan taubat iaitu jangan sesekali berbuat dosa kemudian bertaubat. Kalau TER-buat barulah betul akan taubatnya. Umat Islam sekarang sudah tiada rasa takut dalam melakukan kesalahan sebagai contoh melewatkan solat atau meninggalkan solat tanpa sebab yang sewajarnya sedangkan orang yang beriman tidak akan sekali kali berbuat demikian kerana takut akan Allah yang sentiasa memerhati.

Merujuk kepada point: 7
Makruh merupakan perihal yang dibenci. Dilarang namun tidak berat. Contohnya elakkan memakan bawang putih, petai, dan selainnya yang busuk jika mahu berjemaah di masjid kerana akan menggangu jemaah. Berkaitan kes merokok, ianya haram namun masih terdapat golongan kita yang membawa masuk ke masjid tanpa ada rasa bersalah.

Merujuk kepada point: 8
Lazimkan kerisauan kepada kematian. Kurangkan kesenangan dalam kehidupan. Sunat bagi kita menziarahi orang yang mati namun wajib keatas kita mengisi di dada dengan ilmu secukupnya sebelum mati.

Merujuk kepada point: 9
Kita acapkali berkata sayang kepada baginda Rasulullah s.a.w.  namun perbuatan kita tidak menunjukkan kita cintakan baginda Rasulullah s.a.w. Sekurang-kurangnya berselawatlah kepada baginda dengan erti kata kita ingat kepadanya. Amalkan sehari selawat 100 kali. Jika boleh contohi Imam Al Ghazali yang setiap harinya dibasahi lidah dengan berzikir kepada Allah dan berselawat ke atas Nabi sebanyak 1000 kali sehari.

BAHAGIAN 3 - BONUS

Betapa sayangnya Allah pada kita setiap kali lafaz pada awalan perbuatan kita: Bismillahirrahmanirrahim - membawa erti Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Sehinggakan pahala dalam perbuatan baik kita 1 perbuatan dibalas dalam bentuk gandaan namun 1 kesalahan kita Allah kenakan dengan nilai 1 dosa sahaja. Maha Suci Allah Tuhan sekalian alam. Ambil lah masa untuk beristghfar, mudah- mudahan Allah menggugurkan dosa kita.

Sekiranya kita boleh sembahyang berjemaah, Allah akan melimpahkan rezeki kepada kita. Dihindarkan jua dari seksaan kubur

Coretan perkongsian ilmu oleh: AkuYangTua
Lokasi kutipan ilmu: Baitullah (Masjid Al-Azim)
Masa: Jam 7.50 – 9.30p.m