السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ & Good day y'all
Penulisan tunggal blog ini bukanlah seksyen pembukaan atau "welcoming" topik. Ini kerana asas kewujudan blog ini dan penulisannya adalah lebih terfokus kepada penceritaan, pengalaman, perjalanan dan perasaan seorang manusia yang semakin dimamah usia.
Posting ulung ini berkisar tentang pengalaman penulis dalam dunia pekerjaannya. Pembuka wadah bagi tahun 2018.
Apa itu pengalaman?
Secara mudah dan maksud peribadi bagi penulis adalah suatu bentuk pemantauan, pemerhatian, penglibatan, perkongsian ilmu sama ada berbentuk perbuatan, perkataan mahupun tindak tanduk yang mempengaruhi seseorang untuk mencontohi atau mengambil pengajaran darinya.
Apa itu pembentukan diri"
Secara peribadi penulis menggambarkannya sebagai apa sahaja bentul ilmu, pengetahuan dan pengalaman yang membina sahsiah diri, akal dan minda serta perilaku seseorang yang menjurus semestinya ke arah positif dan kebaikkan.
1) Dibangku sekolah rendah (Darjah 4-6)
- Dibimbing oleh mama dan abah untuk meniaga kuih-muih yang mama buat disekitar taman. Faktor pendorong ketika itu adalah kepayahan abah dalam mencari rezeki buat anak-anak.
- Keluarga yang membesar dan kos saraan persekolah dan harian yang tinggi.
- Teknik jualan adalah: membawa raga kuih dan pergi dari rumah ke rumah disekitar taman perumahan untuk menjaja kuih-muih. Alhamdulillah, waktu ni belajar untuk tiada erti malu.
- Bila dah agak mempunyai reputasi, abah membina 1 troli (meja beroda) untuk ditolak ke depan kawasan taman perumahan dan menjaja hanya di 1 tempat khusus. Di sini, dapat belajar pengurusan tugasan, pengiraan wang dan teknik pujuk raju barang niaga pada pelanggan.
2) Seusainya SPM
- Penulis pernah bermalasan dan memberi macam-macam alasan untuk menjejakkan kaki mencari kerja. Akhirnya memberanikan diri untuk bekerja di - kilang Bateri Laptop Kulim High-Tech. Tiada apa yang dapat penulis pelajari selain dari menahan maki dan terbakar jari sebab pintasan papan litar bateri. Mampu sekadar bertahan selama 2 bulan. Kemudian menyambungkan pengajian STPM.
3) Tamat STPM
- Penulis mengorak langkah ke Kuala Lumpur untuk menimba pengalaman berbekalkan cuma RM50.00 (tak termasuk tambang bas - sebab abah belikan).
- Karier pertama di sini adalah: Pencuci pinggan dan cawan di gerai tapak pembinaan Bandar Baru Selayang. 1 minggu bekerja, tak dapat bertahan disebabkan tiada tempat untuk solat dan waktu kerja bermula jam 6.00am sehingga 7.00pm. Sehari diubah dengan nilai RM20.00... (Alhamdulillah)
- Karier ke dua adalah di Hotel Vistana Kuala Lumpur.
- Diberi tanggungjawab sebagai "bellman", si penjaga pintu hotel dan pengangkat barang-barang.
- Dapat kerja kerana bersikap terus terang. Ingin menjadi warga kampung yang mahir berbahasa Inggeris dan berkomunikasi dengan warga asing terutamanya dengan baik. Terima kasih Mr. Ramesh, Front Office Manager pada ketiga itu.
- Hampir setahun menimba pengalaman dan terasa selesa dengan pekerjaan yang dibuat.
- Mempunyai rakan sekerja yang peka agama dan baik-baik belaka (Abang Zack dan lain-lain).
- Betul, di sini bermulanya mengasah bakat berkomunikasi dengan yakin dalam Bahasa Inggeris, belajar erti bekerja syif, bertolak ansur dalam pembahagian tips, kerja kuat tetapi ibadat jangan mengelat, belajar berjimat cermat dan masa ni jugalah penulis dapat ilmu pentingkan diri dari hasutan syaitan yang dibenci iaitu tidak pulang ke kampung halaman secara kerap dan gilakan wayang gambar serta hiburan.
- Berhenti sebab sambung belajar.
4) Tamat Ijazah Sarjana Muda
- Permulaan karier selepas tamat pengajian adalah dengan bekerja di sektor IT iaitu Dell Service Provider (2010) sebagai Program Koordinator.
- Di sini belajar secara serius berkenaan membuat bajet, pengurusan kos, pengurusan tenaga kerja, menepati "time-line" sesebuah projek, "networking dan urusan projek dengan pejabat-pejabat kerajaan seperti: Masjid negara, JKR HQ, Pejabat Kementerian Dalam Negeri (Putrajaya) dan lain-lain lagi. Berhenti selepas kontrak berakhir kerana projek tamat.
- Selang beberapa lama berkhidmat sebagai Customer Service Officer di Vads Berhad yang menjadi feeder buat Telekom Malaysia.
- Merupakan seorang pegawai khidmat pelanggan bagi urusan masalah teknikal internet dan telifon rumah mahupun pejabat.
- Di sini pula mempelajari erti kesabaran, memberi maklumat yang tepat dan jitu untuk keselesaan pelanggan, menghormati pelanggan dalam perbualan, solat seperti banduan mengikut masa yang diberi, memahami loghat yang sukar kerana pelanggan berbilang bangsa dan kaum, menaip dengan pantas, membaca dan mempraktikkan segala ilmu yang ada sebagai memudahkan urusan penerangan.
- Vads ada memberi sesi latihan yang berpusat di Semua House pada ketika itu. Kemudian pelatih dibei ujian dilapangan untuk dinilai kelayakkan sebelum live. Berhenti selepas 4 bulan kerana tawaran kerja menarik.
- Kemudian, bermula kerjaya sebagai pendidik atau Pensyarah Pengurusan Perniagaan dan Sumber Manusia di KPTMKL.
- Khidmat di sini selama 6 tahun tanpa jemu
- Diberikan kepercayaan sebagai Penasihat Program pelajar MPP, Webmaster bagi website jabatan dan kolej, Ketua 5S, AJK sebut harga kolej dan banyak lagi.
- Waktu ini merupakan tempoh kegemilangan penulis kerana diberi banyak kepercayaan untuk ke depan mewakili jabatan.
- Di sini penulis belajar tentang persahabatan, kesetiaan, multi-tasking, zero to hero, belajar perihal tender sesebuah projek, menggunakan software editing untuk menyelenggara iklan dan post di website kolej, membuat research paper, menjadi wakil kolej ke Konferens Antarabangsa pada 2016, menyelia konvokesyen berskala besar sebagai Timbalan bagi sektor Protokol dan banyak lagi.
- Berhenti disebabkan oleh hal peribadi dan mungkin sedikit kecewa.
5) Bermula keluarnya diri penulis dari zon selesa:
-BERSAMBUNG-